|
|
TAMPA- Bintang golf No.1 dunia, Tiger Woods menemui seorang peguam perceraian, Jeff Fisher setelah menyedari perkahwinannya dengan bekas model, Elin Nordegren tidak dapat diselamatkan lagi, lapor sebuah akhbar semalam.
Woods, 34, dilaporkan telah berbincang dengan Fisher yang pernah mewakili seorang lagi bintang golf, Greg Norman dalam kes perceraiannya dengan isteri pertamanya, Laura.
Norman, 55, dipercayai membayar bekas isterinya sebanyak £68 juta (RM332.6 juta) sebagai penyelesaian perceraian mereka.
Berita berhubung perceraian Woods dengan Elin, 30, tersebar selepas isterinya membuat keputusan untuk menetap di negara asalnya, Sweden bersama dua anak mereka.
"Perceraian itu bukan gosip lagi, ia 100 peratus berlaku," kata satu sumber.
"Elin akan kembali ke AS dalam masa dua minggu untuk urusan perceraian mereka," kata sumber yang lain.
Woods yang berlaku curang terhadap isterinya dengan meniduri sejumlah wanita bimbang dia tidak akan dapat bersama anak-anaknya jika Elin dibenarkan menetap di Sweden.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: