Sunday, May 30, 2010

Muka Je Cantik Tapi Mulut ‘Busuk’

AD LIB cukup menyampah dengan spesies kaki mengumpat. Apatah lagi, bila si polan yang bermulut 'busuk' tu suka sangat mengutuk orang yang tak mendatangkan kudis pun padanya.

Cerita yang baru disampaikan kepada Ad Lib ni pun berkaitan dengan tabiat suka mengumpat juga, tentang peel sorang aktres berdarah kacukan yang berkobar-kobar mengumpat sorang lagi aktres di set penggambaran.

Geram betul sumber tu bila menceritakan tentang aktres bermulut 'busuk' tu. Dalam nada marah, sempat sumber tu berkata: "Harap muka je lawa tapi mulut mengalahkan kak kiah yang suka bermesyuarat tingkap kat rumah jiran tetangga di petang hari."

Kisahnya, baru-baru ni, sumber Ad Lib tu terlibat dalam penggambaran sebuah drama bersiri yang dibintangi oleh ramai pelakon popular termasuklah dua aktres jelita ni.

Apa lagi, bila dua wanita cantik sudah bertembung di satu lokasi, mulalah masing-masing rasa 'panas' dan gelisah antara satu sama lain, kan?

Nak dijadikan cerita, aktres bermulut 'busuk' ni tak sudah-sudah mengata aktres cun yang sorang tu. Pantang melepak dengan krew atau pelakon lain, ada je benda yang dipertikaikan tentang aktres cun tu.

Pada hal, aktres cun tu takde pun mengutuk dia, jauh sekali untuk sentuh aktres kacukan tu. Cuma, aktres kacukan berstatus janda tu je yang macam tersampuk virus dengki dan panas hati menyaksikan kelibat dan gerak-geri 'terlebih manja' aktres cun tu.

Bingit je telinga sumber tu setiap kali dengar aktres kacukan tu mengomel dan mempertikaikan aktres cun tu. Sekali dua dengar tu bolehlah dilayankan, tapi bila dah berkali-kali, asalkan bertembung dengan sesiapa je tak habis-habis nak mengata, bernanahlah juga telinga sumber Ad Lib tu jadinya.

Yang peliknya, aktres cun tu langsung tak sibuk-sibuk nak bercerita tentang aktres kacukan tu pun. Cuma aktres kacukan bermulut 'busuk' tu je yang tak puas-puas mengumpat... itu dan ini pasal aktres cun tu.

Mentang-mentanglah aktres cun tu 'nakal' dan 'panas' dengan kes-kes kontroversi, aktres kacukan tu gunakan fakta tu sebagai lesen untuknya mengumpat.

Aktres kacukan tu elok sangat ke perangai? Setahu Ad Lib, dia tu pun tak kurang juga hebatnya dalam mencatat kontroversi dunia hiburan tanah air.

Sebelum ni pun dah beberapa kali buat hal, kahwin cerai, mempunyai hubungan sulit dengan bekas suami sorang hos jelita, kaki 'mak esah' dan beberapa siri 'nakal' lagi. Kira dah boleh buat cerpenlah bak kata orang.

Kalau Ad Liblah berada di tempat kejadian, haruslah Ad Lib hulurkan cermin besar kat depan muka aktres bermulut ‘busuk’ tu. Biar dia tenung sikit mukanya tu lama-lama sebelum dia terus megah berkata-kata bak kakak tua!

Bak kata pepatah, "Paku dulang paku serpih, mengata orang aktres tu yang lebih."

Ad Lib: Lebih suka berdiam diri daripada cakap banyak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment