OSLO, Norway- Seorang penonton lelaki yang tidak dikenali menceroboh pentas dengan menari semasa seorang peserta pertandingan Eurovision, Daniel Diges dari Sepanyol menyanyi lagu Algo Pequenito malam kelmarin.
Namun, penceroboh itu kemudian dikejar oleh beberapa pengawal keselamatan manakala peserta itu dibenarkan membuat persembahan kali kedua.
Penceroboh itu memakai baju T berwarna gelap yang tertera perkataan Jimmy Jump.com dan menari di celah-celah penari tanpa diselubungi perasaan takut.
Pada pertandingan itu, peserta dari Jerman, Lena Mayer-Landrut, 19, menduduki tempat pertama selepas dia menyanyikan lagu Satellite.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: