Sunday, May 30, 2010

Katrina paling dicari


KATRINA KAIF


PELAKON cantik, Katrina Kaif telah menjadi selebriti paling dicari di laman web.

Malah, pelakon yang terkenal melalui filem Sarkar itu berjaya mengalahkan pelakon Bollywood yang lain termasuk Shah Rukh Khan, Salman Khan, Kareena Kapoor, Bipasha Basu dan Aishwarya Rai.

Kajian itu dilakukan oleh pihak mBit Infotech. Ketua Pegawai Operasi syarikat tersebut, Raghavendra Agarwala berkata: "Hebat sekali melihat Katrina Kaif berada di puncak dengan beberapa artis besar yang lain.

"Ini sekali gus menunjukkan populariti Katrina semakin memuncak di kalangan peminat Bollywood dan internasional."

Di kalangan selebriti Bollywood dan Hollywood, Katrina berada sederetan dengan populariti Angelina Jolie, Kareena, Shah Rukh, Salman, Bipasha, Aishwarya dan Aamir Khan.

Kajian tersebut turut menemui 'sex' merupakan perkataan yang paling dicari oleh pelayar Internet. Nama lain yang turut dicari adalah Akon, Linkin Park, Eminem, Lady GaGa, Madonna, Rihanna dan Michael Jackson.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: