|
|
SEKITAR tahun 1910 pasaran motosikal dunia pernah dikuasai oleh Indian, jenama motosikal pertama Amerika Syarikat (AS) yang hanya mengambil masa 10 tahun untuk mencapai zaman kegemilangannya.
Antara model yang popular adalah Scout (1920-1946) dan Chief (1922-1953).
Namun ketika itu model yang dibina untuk tentera AS semasa zaman Perang Dunia Kedua tidak dapat menandingi penguasaan Harley Davidson yang sudah bertapak kukuh dalam ketenteraan.
Indian kemudiannya diisytiharkan bankrap pada 1953 sebelum dibangunkan semula oleh Syarikat Motosikal Indian Amerika pada tahun 1999.
Hasil gabungan sembilan syarikat bersekutu, lencana motosikal terunggul itu dinaikkan semula di Gilroy, California. Tetapi masa depan yang menanti Indian pada waktu itu tetap tidak begitu baik. Buktinya ia sekali lagi diumumkan bankrap pada 2003.
Membawa semangat zaman perang, Indian dibangunkan semula pada 2006.
Namun pengeluaran motosikal yang penuh sejarah itu dilakukan secara terhad dan eksklusif. Ia cukup popular di kalangan peminat motosikal berkuasa tinggi khususnya di AS dan Australia.
Model Chief yang menjadi kebanggaan suatu ketika dahulu kini dijelmakan semula melalui lima variasi iaitu Classic, Dark Horse, Bomber, Roadmaster dan Vintage.
Dark Horse dan Bomber merupakan dua model terbaru yang diperkenalkan pada pameran motosikal Sturgis tahun lalu.
Di AS Bomber dijual pada harga AS$30,000 yang hampir menyamai harga Harley Davidson dalam kategori sama.
Melalui penambahbaikan dan pembangunan teknologinya, versi moden Indian kini setanding dengan easyrider terkemuka di dunia lain.
Dengan enjin PowerPlus 105ci, enam kelajuan, penyejukan udara, sistem brek Brembo dan kilauan warna krom, pengalaman menunggang Indian pasti memberi kepuasan maksimum.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: