|
|
CUTI sekolah akan bermula seminggu lagi. Ini bermakna, ramai pasangan akan mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan. Dalam hal ini, perancang atau perunding majlis perkahwinan akan sibuk menguruskan pelbagai dekorasi khusus untuk pengantin. Lebih-lebih lagi mereka yang bakal mengadakan majlis perkahwinan di dewan besar dan hotel.
Bagi mereka yang memilih untuk menganjurkan majlis besar-besaran, hotel turut menjadi pilihan kerana separuh daripada beban mengatur majlis boleh diuruskan pihak hotel seperti makanan, kerusi meja, hiasan, pelamin dan bilik tidur pengantin.
Pilihan ini sesuai bagi pasangan dan keluarga pengantin yang mempunyai bajet besar untuk hari bahagia "sekali seumur hidup ini" dan pasti mahukan majlis yang gilang gemilang serta meninggalkan ingatan paling manis lagi berpanjangan untuk mereka sekeluarga, tetamu dan sahabat handai.
Ada pasangan pengantin yang sangat teliti dengan pilihan dekorasi termasuk meja makan pengantin, tetamu dan pelamin.
Justeru itu, pilihan konsep amat penting dalam menentukan setiap dekorasi pengantin. Misalnya, kontemporari, moden, taman atau tradisional. Namun, pengantin kini menggemari konsep klasik dan moden yang lebih menyerlahkan suasana majlis nikah atau persandingan.
Tidak mahu membuang adat, keluarga pengantin masih mengekalkan ciri klasik. Ini termasuklah dan hiasan dulang hantaran yang masih mengetengahkan tengkolok, keris dan tapak sirih.
Ciri moden mungkin dapat dilihat pada hiasan pelamin persandingan atau nikah yang menampilkan konsep moden seperti warna putih, lampu moden dan bunga segar.
Warna dekorasi yang sederhana turut menjadi kegemaran pengantin masa kini. Bagi menampakkan gaya mewah, emas atau perak menjadi pilihan pengantin. Menyerikan pelamin, bunga hidup sering menjadi keutamaan.
Selain itu, hiasan kek pengantin turut menjadi tradisi setiap perkahwinan. Mereka menggemari kek yang tinggi dengan corak yang kelihatan mewah. Ada juga yang memilih pulut kuning sebagai identiti sebuah majlis perkahwinan. Ia nampak klasik tetapi unik.
Di meja makan pengantin atau beradab pula, kelihatan hiasan lilin perak yang menarik. Warna perak atau emas sebenarnya menampakkan ciri Melayu. Ditambah pula susunan set pinggan, sudu dan garpu yang dihias cantik.
Semuanya nampak ringkas tetapi akan menjadi ingatan pengantin dan tetamu yang hadir sepanjang hayat.
Tidak ketinggalan, hadiah buat tetamu yang menjadi elemen terpenting dalam sebuah majlis. Bagi majlis yang diadakan di hotel atau dewan besar, cenderahati tetamu akan menjadi hiasan utama setiap meja makan. Justeru itu, ramai yang memilih pasu atau bekas kecil dengan corak bunga yang menarik dan ringkas.
Dalam pada itu, kebanyakan hotel menyediakan pakej perkahwinan dengan dekorasi yang menarik.
Ia termasuklah hiasan kad jemputan, dulang hantaran.
Kebanyakan pengantin lebih selesa kerana urusan dekorasi diuruskan pihak hotel. Hidangan meja utama pula sedia secara istimewa untuk menyerlahkan lagi majlis yang sungguh bermakna buat pasangan pengantin baru.
Antara hotel yang bersedia memberi khidmat "pakej lengkap" untuk merancang dan melangsungkan majlis perkahwinan meriah ini ialah Kumpulan Hotel De Palma.
Hotel De Palma Shah Alam, Selangor misalnya, menyediakan khidmat pengurusan majlis perkahwinan secara dalaman.
Perkhidmatan ini bertujuan memudahkan pasangan pengantin dan keluarga mereka merancang majlis dan tidak tertekan dengan masa dan urusan penyediaan yang memerlukan tenaga seisi keluarga.
Pakej ini membolehkan pasangan muda yang ingin melangkah ke alam berumah tangga, dengan bekalan hanya RM10,000 setiap seorang, masing-masing boleh menjemput 200 orang tetamu ke majlis yang diselenggarakan di hotel.
Bukan saja pakej sebegini dapat memudahkan penyelarasan majlis perkahwinan, ia memudahkan ahli keluarga yang menghadiri majlis serta mengurangkan keremehan persediaan di rumah.
Bagi mereka yang berminat, boleh menghubungi perunding perkahwinan, Hussain Salleh (012-6427313) atau Pengurus Residen di talian 03-55428080 bagi mendapatkan maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: