Monday, May 31, 2010

Ibu bapa pelajar tunjuk perasaan


GAMBAR menunjukkan seorang bapa menyertai tunjuk perasaan di sekolah anaknya di Lydney, Britain pada minggu lalu.


LYDNEY, England - Kira-kira 30 pelajar melakukan tunjuk perasaan bagi mendesak pihak lembaga pengurus sekolah anak mereka di sini mengenakan tindakan disipilin terhadap guru besar, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Alasan yang dikemukakan oleh mereka ialah gambar guru besar wanita itu, Sue Brearley, 48 (gambar), yang memakai seluar dalam telah disebarkan menerusi e-mel dan telefon bimbit.

Seramai empat pelajar telah berpindah sekolah oleh penjaga mereka yang bimbang mengenai penguatkuasaan disiplin di sekolah tersebut.

Seorang ibu berkata: "Saya berpendapat terdapat banyak kekurangan penguatkuasaan disiplin di sekolah dan pelajar-pelajar tidak dipanggil untuk ditegur kelakukan mereka."

Pengerusi lembaga pengurus itu, Bev Harvey berkata, dia kecewa dengan ibu bapa yang membuat tunjuk perasaan di luar sekolah sehingga mengganggu mesyuarat lembaga tersebut pada minggu lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: