|
|
KEPUTUSAN pelakon cantik, Catherine Zeta Jones untuk bergambar bogel sempena ulang tahun ke-40nya mendapat sokongan penuh suaminya, Michael Douglas. Malah, suaminya itu menyukai gambar-gambar isterinya yang dikatakan seksi. Pelakon, Michael Douglas menyatakan rasa bangganya melihat isterinya masih layak difotokan walaupun sudah masuk usia 40 tahun.
"Gambar-gambarnya seksi. Menurut saya, Catherine mahu menunjukkan sisi lain dirinya. Gambar-gambar tersebut sangat mengagumkan," ujarnya yang mengahwini Catherine pada tahun 2002 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dylan, 9, dan Carys, 7 tahun.
"Dia tidak selalu bergambar sebegitu jadi saya bangga atas apa yang telah dilakukannya," kata Michael yang terkenal melalui filem Fatal Attraction.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: