Sunday, May 30, 2010

Amy gegar kampung halaman




"TIGA faktor penting untuk sebuah konsert adalah bunyi, pencahayaan dan atmosfera. Apabila tiga faktor penting ini lengkap dan sempurna, maka baru kita dapat merasakan kesemuanya dalam satu konsert yang meriah," ujar Amy, 'datuk' rock yang juga vokalis Search.

Konsert Double Trouble yang menjadi hebohan setelah berjaya di Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur pada 1 Mei lalu bakal menggegarkan Stadium Larkin, Johor Bahru pula.

5 Jun 2010 adalah tarikh grup Search dan Wings bergabung sekali lagi di bawah bumbung Double Trouble. Selepas Kuala Lumpur dan Johor Bahru, mereka akan bertemu peminat di Kuantan, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan akhir sekali di Stadium Merdeka.

Dengan tiket yang masih sama harganya iaitu RM70, kedua-dua kumpulan ini menjanjikan suasana yang meriah untuk konsert kedua Double Trouble.

"Impak kali ini lebih besar daripada Kuala Lumpur. Kami sudah bersedia sepenuhnya.

"Jika di Kuala Lumpur sudah menjadi fenomena, kami bersedia untuk 'rocking' di Johor Bahru," senyum Amy membayangkan konsert di tanah kelahirannya yang dianggap sebagai 'Kota Rock'.

Search dan Wings yakin sokongan terhadap Double Trouble tidak akan padam.

"Sebenarnya isu rambut yang pernah kami hadapi dahulu kelihatan seperti akan menjadi punca kejatuhan kami.

"Tapi kesetiaan penyokong terhadap kami nampaknya tidak pernah padam," syukur Amy mengenangkan perjalanan dirinya bersama Search.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: