PASHA mengaku jika satu hari nanti dia menamatkan status dudanya, yang bakal dikahwini adalah anak dara dan bukan wanita berstatus janda.
"Masih banyak gadis, mengapa harus yang sudah pernah bernikah," ujarnya dengan mengimpikan anak lagi dengan isteri barunya kelak. Malah, penyanyi kumpulan Ungu ini menyatakan hasrat untuk mempunyai anak yang ramai.
Namun, dia turut mengaku belum menemui calon isteri yang secocok dengan dirinya. Malah, penyanyi yang terkenal dengan lagu Demi Masa ini tidak mahu terburu-buru kerana mahu mendapatkan calon yang terbaik.
"Daripada cepat-cepat, baik saya tunggu untuk mendapatkan yang terbaik," ujarnya jujur.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: