|
|
SIAPA tak kenal pereka antarabangsa, John Galliano yang kaya dengan elemen drama pada setiap pertunjukan fesyennya. John banyak bermain dengan unsur teater setiap kali muncul di pentas peragaan. Pada awal pembabitannya dalam industri ini, tidak ramai mengenali pereka berdarah Gibraltar dan Sepanyol ini. Selepas tamat pengajian di Kolej Seni dan Rekaan St Martin, London, namanya mula menjadi sebutan di kalangan peminat fesyen.
Teruja melihat koleksi cermin mata terbaru John Galliano, ternyata ia mengetengahkan inspirasi glamor dan mewah. Pengalaman mereka busana Dior ternyata bernilai buat John. Lain daripada biasa, setiap koleksi kaca matanya dipertunjukkan penuh bergaya mengikut fungsinya dengan pelbagai tema seperti ceria, denim, lasak, gaya ke pejabat dan pelayar.
Setiap satu memiliki keunikan tersendiri, misalnya koleksi Les Biches menawarkan keanggunan. Diinspirasikan daripada gaya retro, bingkainya didatangkan dalam warna ceria dan terang. Bahkan, ia mempunyai corak kreatif yang menampilkan kelainan gaya.
Himpunan Beau Regard pula melengkapkan gaya kasut gaya lelaki. Ia menyediakan pelbagai pilihan gaya dan kualiti. Koleksi ini mendapat ilham gaya tahun 60-an dari Hollywood dan legenda Rat Pack. Penampilan gaya ini nampak lebih mewah dan eksklusif.
Golongan muda pastinya inginkan kaca mata bergaya dengan potongan Pin Up dan Pussy Cat yang nampak segar segar. Misalnya bingkai koleksi Pussy Cat menampilkan corak seperti harimau atau kuda belang. Bagi mereka lasak dan aktif, Headliner mungkin sesuai dengan golongan ini.
Menampilkan rekaan terkini, koleksi ini khusus untuk mereka yang mencari keunikan, mengikut aliran gaya.
Kebanyakan model kaca mata menawarkan gaya klasik dengan potongan kemas yang menampilkan gaya anggun menerusi pelbagai pilihan warna. Suntikan komponen keluli pada kaca mata itu memberikan kualiti tersendiri.
Misalnya Rebel Man melahirkan koleksi bingkai khusus untuk lelaki. Bingkai yang kemas sentuhan dari Itali ini tampil kemas dan segak. Ia menawarkan kaca mata dengan gaya tersendiri, menggabungkan aluminium dan bahan lain.
Anda pasti tampil hebat bergaya dengan koleksi kaca mata pelindung matahari yang eksklusif daripada John Galliano ini. Gaya menawan terserlah oleh keunikan dan kuasa rekaan yang menggabungkan warna bergaya. Kaca mata versatil ini menggambarkan gaya si pemakai berjaya. Bukan sahaja melindungi mata daripada cahaya matahari, ia juga menampilkan gaya fesyen semasa. Bagi peminat koleksi kaca mata John Galliano, ia sudah pun berada di pasaran dan diedar oleh Eyewear Creations (M) Sdn. Bhd. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi 03-92742388.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: