JASIN - Orang Kampung Corporation (M) Sdn. Bhd. (Orang Kampung) bercadang menembusi pasaran China selewat-lewatnya akhir tahun ini.
Pengarah Urusannya, Habibul Ajmi Manggar berkata, syarikat yakin melalui produk popularnya, kopi Tongkat Ali Longjack, ia bakal mendapat tempat di pasaran negara berkenaan.
"Produk ini dijangka mendapat sambutan kerana penduduk di China sejak dulu lagi menggemari minuman kopi dan ia diperbuat daripada herba.
"Sebagai permulaan, kami menyasarkan untuk menjual kopi tersebut di lima daerah di China," katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.
Habibul berkata, beliau mengunjurkan jualan sebanyak RM5 juta pada tahun pertama produk Orang Kampung berada di pasaran tersebut.
Tambah beliau, selain memasuki pasaran baru di China, Orang Kampung juga akan meluaskan lagi pasaran sedia adanya di Timur Tengah.
"Pada masa ini, produk Orang Kampung telah berada di Jeddah, Madinah dan Arab Saudi.
"Dubai dan Mesir menjadi sasaran pasaran kami selepas ini," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: