|
|
LAPAN tahun dalam bidang merawat kuku dan kaki memberikan banyak pengalaman kepada Bonnie. Walaupun terpaksa melayan pelbagai kerenah pelanggan, dia tidak pernah bosan dengan kerjanya. Sejak remaja, dia memang minat melukis. Dengan bakat yang ada, Bonnie meluahkan kreativitinya menerusi lukisan pada kuku. Walaupun tidak popular di Malaysia, Bonnie tidak pernah putus asa. Mencari ilham menerusi majalah dari Jepun, Bonnie berusaha memperbaiki potensi diri.
"Saya seronok dengan kerja saya. Melayan pelanggan memang sukar tetapi saya berdiam diri sahaja dan terus memenuhi kehendak mereka," ujarnya yang sering bercuti ke luar negara bersama keluarga atau rakan-rakan.
Berkongsi rahsia kecantikan kulit, Bonnie tidak mengabaikan rutin penjagaan kulit wajah harian.
Bagi memastikan stamina badan baik, Bonnie turut mengambil suplemen dan bersenam sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu.
Sering bergaya semula jadi, dia gemarkan wangian yang ringan.
Pernah ditawarkan menjalankan perniagaan One Drop Perfumes, Bonnie memberitahu ia turut diterima oleh masyarakat Cina. Bahkan, ada antara rakannya yang menjual wangian ini sejak tiga tahun lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: