Sunday, May 30, 2010

Transformasi tata rias kening


Gunting bulu mata yang mempunyai panjang berlebihan dan ukur mengikut cara yang ditetapkan.


Cantiknya mata wanita bukan sahaja bergantung pada solekan pembayang mata. Bagi mencantikkan mata, sentuhan solekan perlu bermula dari kening hinggalah alis mata serta kawasan di sekitarnya. Sejak dahulu lagi, mata dan kening saling berkaitan. Ia turut mengalami perubahan seperti era fesyen yang lain. Pada tahun 1920-an hingga kini, tata rias kening mengalami transformasi seiring dengan fesyen semasa.

Justeru, bagi anda yang teringin memiliki sepasang mata cantik, gunakanlah aplikasi yang betul untuk membentuk kening anda. Mungkin wanita jarang mengambil berat aspek ini. Selain mencabut bulu kening, pensil kening turut memainkan peranan penting. Untuk bahagian kening, anda boleh mencantikkannya dengan menggunakan pensil atau gel kening. Kosmetik itu biasanya digunakan untuk memperjelaskan dan membentuk kening.

Mudahkan untuk mendapat sepasang mata yang cantik? Bagaimanapun, dalam keghairahan itu, anda perlu mendapatkan khidmat pakar kecantikan yang betul. Takut nanti bentuk kening yang dimiliki tidak sesuai dengan personaliti yang cuba ditampilkan. Bersama Pengurus Butik dan Pakar Solekan Bertauliah Antarabangsa Shu Uemura, Lisa Yap, jenama ini berkongsi panduan membentuk kening. Di samping itu, Lisa turut mendedahkan rahsia kecantikan kening menerusi set tata rias kening Shu Uemura. Antaranya, pensil kening yang perlu diasah dengan teknik yang betul, penata rias kening dan gel kening.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: