Monday, May 31, 2010

PM Rusia 'dibelasah' penyanyi


PUTIN (kiri) mendengar soalan daripada penyanyi rock terkenal Rusia, Yuri Shevchuk (kanan) pada satu majlis amal di Saint Petersburg kelmarin.


MOSCOW - Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin berdepan dengan kritikan yang tidak disangka-sangka oleh beliau berhubung isu hak asasi manusia daripada seorang penyanyi rock veteran pada satu majlis amal di televisyen, Yury Shevchuk kelmarin.

"Adakah anda ketahui bahawa protes pengundi-pengundi semakin meningkat di negara ini.

"Kebanyakan mereka tidak gembira dengan situasi itu," kata penyanyi tersebut kepada Putin.

"Adakah anda merancang satu demokrasi yang tulen, serius, jujur, liberalisasi ikhlas untuk negara supaya pertubuhan bukan kerajaan tidak disekat manakala penduduk tidak takut terhadap anggota polis di jalanan?" soalnya.

Penyanyi rock berkenaan mengemukakan pertanyaan itu pada satu majlis amal di Saint Petersburg.

Insiden itu disiarkan di stesen televisyen selepas disunting.

Dalam insiden tersebut, Putin turut bertanya soalan kepada penyanyi itu: "Adakah itu (isu-isu hak asasi) sahaja?"

Perdana Menteri itu kemudian mendakwa dia tidak mengetahui Shevchuk mengetuai sebuah band popular di Rusia, DDT.

Namun, penyanyi rock itu memuji Putin kerana dia kelihatan normal dan serius semasa mereka berbual itu.

Menurut penyanyi itu dalam satu laman web Fontanka.ru, Putin tidak berasa takut semasa berbual secara terbuka selain menunjukkan kelakuan seperti seorang manusia yang normal.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: