Sunday, May 30, 2010

Pencemaran minyak semakin buruk


BOYA-BOYA yang dipasang gagal menghalang tumpahan minyak daripada terus mencemari kawasan pantai Kampung Sungai
Musuh, Pengerang semalam.


KOTA TINGGI - Tumpahan minyak akibat pelanggaran kapal tangki MT Bunga Kelana 3 dan MV Waily lima hari lalu dikesan mencemari pantai di sekitar kawasan Pengerang di sini sepanjang 30 kilometer (km) semalam.

Tinjauan Kosmo! Ahad mendapati lebih 12 buah kawasan pesisir pantai Pengerang yang sebahagian penduduk adalah nelayan terjejas teruk akibat pencemaran tersebut.

Kawasan berkenaan ialah Teluk Ramunia, Kampung Sungai Musuh, Kampung Langkah Baik, Kampung Jawa, Tanjung Pengelih, Tanjung Punggai, Tanjung Setapa, Tanjung Kapal, Sungai Haji Ahmad, Sungai Teluk Kemang, Sungai Haji Yusof dan Sungai Rengit.

Bagaimanapun, kawasan yang paling terjejas teruk ialah di Tanjung Ayam yang merupakan lokasi pertama dimasuki sisa minyak berkenaan Khamis lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: