MENYEDARI status ibu tunggal yangdigalasnya sejak enam tahun lalu, Watietidak dapat mengelak daripada ditebak mengenai pengganti. Apabila diaju Pertanyaan tentang 'teman', dia tidakmengelak atau memberi jawapan klise seperti kebanyakan artis.
Sebaliknya, ibu kepada Ahmad Afif Danial, 6, ini cukup terbuka untuk bercerita. KataWatie, hatinya ibarat sedang berteka-tekimengenai hubungan dengan seorang teman yang mula terjalin sejak dua tiga bulan lalu.
Mengakui ianya masih terlalu awal dan baruhendak mencari keserasian antara satu samalain, Watie bagaimanapun tidak menolak, hatinya kian berbunga.
"Buat masa ini, dia nampak ikhlas berkawan dengan saya. Saya sendiri pun ibarat sedang berteka-teki sejauh mana keikhlasannya terhadap saya. Berdasarkan apa yang dipamerkan, nampaknya dia seakan menerima saya seadanya," katanya.
Bukan hanya keterbukaan Watie berkongsi tentang teman baru itu menarik perhatian, malah pengakuannya bahawa lelaki itu juga seseorang yang terlibat dalam bidang seni lebih mengujakan.
Sekadar memberi pembayang dan enggan berkongsi dengan lebih terperinci siapakah gerangannya jejaka tersebut, Watie sekadar berkata, pada fasa ini dia masih belum bersedia untuk menghebohkan identiti si 'dia' kerana beberapa sebab peribadi.
"Dia juga terlibat dalam bidang senidan bergelar duda. Sebenarnya, dia sudahmengenali saya ketika bersama Elite lagi.Ketika itu kami hanyalah rakan industri danbertegur-sapa jika bertembung di mana-mana.Hanya kebelakangan ini saja kami mula serius.
"Apa pun, ia masih di peringkat awal, seperti di fasa satu. Setakat hari ini memang dia nampak ikhlas dan jujur terhadap saya, tapi kita tidak tahu esok lusa. Sebab itu saya tidak mahu kecoh-kecoh dulu,” katanya yang mengakui lelaki itu adalah seorang aktor berusia 30-an.
Bukan hendak sorok, namun kebimbangannya untuk menyerantakan 'persahabatan' itu bertitik-tolak daripada perasaan fobia ekoran kesilapan lalu.
Pada Watie, seandainya perhubunganitu tidak menjadi, pasti terpalit malu dikemudian hari. Maka, biarlah merekaberkawan dulu dan mencongak hala tujuserta keikhlasan hubungan itu.
"Bukan tidak mahu bercerita lanjut tentang identiti lelaki yang berkawan dengan saya, cuma kegagalan dalam hubungan lalu membuatkan saya bimbang dan takut untuk menghebohkan persahabatan kali ini.
"Buat masa ini, biarlah kami berkawandan saling mengenali terlebih dulu. Kamipun belum ada apa-apa ikatan, baru mulaberkawan saja.
"Jika terlalu dihebohkan, ia mungkin boleh merosakkan persahabatan yang baru bermula. Kalau memang sudah tertulis hubungan ini boleh pergi jauh, pasti saya akan canangkan pada semua nanti," luah aktres yang kini terlibat dalam drama komedi Blues Pasar Tani.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: