PELAKON cantik yang disingkirkan daripada filem Transformers 2 gara-gara terlalu kurus ini mempunyai falsafah hidup tersendiri. Menurut Megan Fox, dia memilih mati kelaparan daripada harus berada di dapur dan memasak makanan untuk dirinya sendiri.
"Saya lebih rela mati kelaparan daripada memasak. Sepertinya saya dapat bertahan hidup seminggu daripada makan," ujar bintang filem yang mempunyai bentuk badan yang menggiurkan ini.
Malah, pelakon cantik ini berasa jijik jika harus makan menggunakan pinggan dan sudu yang pernah digunakan oleh orang lain.
"Meletakkan mulut saya di tempat yang pernah disentuh mulut jutaan orang membuatkan saya membayangkan bakteria yang ada di mulut dan terus berasa loya," jelas Megan Fox.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: