APABILA kaki terasa selesa, jiwa pasti gembira. Corak dan warna segar jenama baru selipar Banana Peel boleh menceriakan si pemakai. Kedatangan Banana Peel yang menggabungkan gaya terkini, keselesaan dan serba guna menawarkan pelbagai pilihan rekaan yang sesuai dengan semua lapisan umur.
Jika anda seorang wanita yang gemarkan watak kartun Disney, koleksi Retro Mickey and Minnie adalah pilihan terbaik untuk dipakai. Koleksi Freshly Squeezed pula membawa rekaan menarik dengan gabungan warna jingga.
"Sesiapa yang ingin kelihatan ceria dan sesuai dengan usia remajanya, koleksi rekaan bercorak abstrak Banana Peel's Mad About Prints amat sesuai, malah ia boleh dipadankan dengan pelbagai warna pakaian," kata Pengarah Oridea Sdn Bhd, Pauline Ng, pemegang francais di Malaysia.
Setiap dua bulan Banana Peel akan mengetengahkan himpunan baru dengan memberikan cita rasa yang lebih pelbagai kepada si pemakai. Tidak pernah sesekali melupakan fesyen untuk kaum lelaki, koleksi All Signs memberikan gambaran ciri lelaki maskulin.
"Koleksi itu mengetengahkan banyak paparan tanda-tanda seperti No Parking, Speed Limit, Fragile dan Slow Children Playing," katanya. Bagi yang ingin tampak ringkas, koleksi Status Quo memberi pilihan lima warna cukup menarik iaitu merah, coklat, hitam, kelabu dan merah jambu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: