BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva semalam menarik balik perintah berkurung yang dikuatkuasakan di kira-kira satu pertiga negara berkenaan termasuk ibu negaranya, Bangkok.
Perintah berkurung malam hari tersebut dimansuhkan setelah situasi kini terkawal selepas tentera mematahkan protes kumpulan penunjuk perasaan Baju Merah yang bermula sejak dua bulan lalu.
Abhisit bagaimanapun berkata, kerajaan tiada rancangan untuk memansuhkan perintah darurat. Kekacauan akibat tunjuk perasaan itu menyebabkan kira-kira 90 orang maut dalam beberapa siri pertempuran dengan pihak tentera.
"Perintah berkurung itu dimansuhkan tetapi perintah darurat masih berkuat kuasa," katanya.
Perintah berkurung dikuatkuasakan di Bangkok dan 23 daripada 76 wilayah di Thailand pada 19 Mei lepas setelah penunjuk perasaan membuat kacau dan membakar infrastruktur kerana membantah operasi tentera yang dilancarkan untuk melumpuhkan protes mereka.
Kumpulan Baju Merah menyokong bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan menyatakan bahawa kerajaan pimpinan Abhisit sebagai tidak sah.
Sementera itu, pihak berkuasa Thailand meminta negara Montenegro yang mengeluarkan pasport kepada Thaksin supaya menahan bekas perdana menteri itu apabila beliau kembali ke negara rantau Balkan berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: