Sunday, May 30, 2010

Wanita pijak bayi


SUSPEK mencampak bayi yang didukungnya ke tanah dan mula memijaknya di Zhengzhou, China, baru-baru ini.


ZHENGZHOU - Seorang wanita yang dituduh mencuri sebuah telefon bimbit di China tiba-tiba meroyan dan bertindak ganas dengan mencampakkan bayinya ke tanah dan memijak kanak-kanak berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Insiden mengerikan itu berlaku di bandar ini, wilayah Henan, baru-baru ini setelah seorang pelajar sekolah tinggi bersemuka dengan wanita itu dan seorang rakan wanitanya apabila dia diberitahu oleh beberapa saksi bahawa mereka mencuri telefon bimbitnya.

Tidak lama kemudian, beberapa anggota polis tiba di lokasi kejadian bersama saudara mara pelajar terbabit apabila perbalahan mereka menjadi semakin serius.

Berang ditolak oleh seorang saudara mara pelajar berkenaan, wanita itu tiba-tiba mencampakkan bayi itu ke tanah dan memijaknya menyebabkan budak tersebut menangis kesakitan.

Bayi tersebut bernasib baik kerana tidak cedera manakala wanita terbabit dibawa ke sebuah balai polis untuk disoal siasat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: