Thursday, October 6, 2011

Suspek kes bunuh dijangka terkenal, kaya

  • Foto

    KNOX tersenyum kepada pemberita di lapangan terbang Leonardo Da Vinci dalam perjalanan pulang ke Amerika.

  • Foto

    AKHBAR utama Britain menyiarkan berita pembebasan Knox di muka depan kelmarin.

Kisah Knox dipenjara diramal raih untung sehingga RM3j

LOS ANGELES: Pelajar Amerika Syarikat, Amanda Knox yang baru dibebaskan daripada dakwaan membunuh rakan sebilik warga Britain di Itali, mampu meraih berjuta-juta dolar jika sedia menjual pengalamannya sama ada dalam bentuk buku, siri televisyen malah filem.
Ketika keluarganya mempunyai cadangan untuk anak mereka itu menghabiskan masa bersendirian bagi menyesuaikan diri dengan kebebasan, pemerhati bersetuju gadis berusia 24 tahun itu kini mempunyai peluang cerah meraih keuntungan.
“Kisah Amanda Knox boleh mendapat sambutan kerana beliau masih muda selain dianggap sebagai kisah yang sinonim dengan rakyat Amerika, dan ramai mengikuti kisahnya,” kata Charlotte Gusay, ejen sastera selepas Knox tiba di rumahnya semalam.

“Saya jangka dia akan mendapat keuntungan antara AS$500,000 (RM1.5 juta) hingga AS$1 juta dolar (RM3 juta). Dia sudah tentu ditawarkan perjanjian menerbitkan kisahnya dalam buku dan filem jadi perlu menjelajah selain dikejar untuk muncul dalam rancangan dikenali ramai,” kata Gusay.

Knox yang masih lagi bersedih ketika tiba di Seattle bersama keluarganya, sehari selepas digugurkan daripada dakwaan membunuh dan dibebaskan dari sebuah penjara Itali, tempat tahanannya selama empat tahun.

Pada satu sidang akhbar singkat di lapangan terbang, pelajar itu lebih menekankan niatnya untuk kembali menikmati kehidupan normal.
“Keluarga adalah perkara paling penting kepada saya sekarang. Saya hanya mahu bersama mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: