Monday, May 31, 2010

Dennis Hopper meninggal dunia


GAMBAR fail menunjukkan Dennis Hopper dan isterinya pada 2007.


LOS ANGELES - Pelakon terkenal Hollywood, Dennis Hopper meninggal dunia kelmarin semasa berumur 74 tahun di rumahnya di sini, kata seorang rakan keluarganya, Alex Hitz.

Dia dikenali dalam filem sebagai manusia bebas yang liar seperti Rebel Without a Cause dan Easy Rider.

Pelakon itu dicalonkan sebanyak dua kali dalam Anugerah Akademi.

Dia meninggal dunia kerana komplikasi kanser prostat.

Pada Mac lalu, namanya diabadikan dalam Walk of Fame.

Menurut seorang pelakon terkenal, Peter Fonda, lakonan Hopper dalam filem Easy Rider telah mengubah gaya filem dihasilkan.

Semasa menjadi pelakon, dia terkenal di peringkat awal sebagai seorang yang suka mencampakkan barangan dan menyalahgunakan dadah dan alkohol.

Di set filem True Grit, Hopper menjadi amat marah apabila pelakon John Wayne dilaporkan mengejarnya dengan pistol berisi peluru.

Dia berkahwin sebanyak lima kali.

Pada Januari 2010, Hopper memfailkan perceraian bagi menamatkan perkahwinannya dengan Victoria selepas mereka mendirikan rumah tangga selama 14 tahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: