Sunday, May 30, 2010

Dua filem berentap sempena cuti sekolah



Sempena musim cuti sekolah yang akan datang ini, dua filem tempatan bakal menggegarkan panggung. Dua filem ini dijangkakan 'pecah' panggung, berikutan tampil dengan genre berbeza serta pertaruhan pelakon-pelakonnya yang dijangka akan dapat menarik lebih ramai penonton ke panggung.

Namun, adakah pertaruhan pelakon-pelakon yang sedang hangat masa kini mampu menarik minat penonton ke panggung atau mempertaruhkan mesej yang dianggap berbaloi?

Lagenda Budak Setan dan Kecoh Betul adalah dua filem ini mendapat perhatian umum kerana genre berlainan selain sering diwar-warkan dengan ‘kehebatan’ filem masing-masing.

Sebelum ini, filem bergenre komedi lebih mendapat perhatian berbanding filem yang mengetengahkan isu percintaan. Namun semuanya terpulang kepada penonton. Kedua-dua filem ini mempunyai kelainan tersendiri.

Penonton kini hanya mahukan karya hebat industri tempatan. Tidak lagi mempedulikan genre apa yang mahu diketengahkan. Tidak lagi peduli akan barisan pelakon mantap. Ini terbukti apabila filem 3D Upin dan Ipin mampu menarik ramai penonton hanya dengan kelainan dan mesej daripada filem kanak-kanak seperti itu.

Tidak hanya filem 3D, filem Adnan Sempit yang membariskan pelakon baru di layar perak seperti Shazeizy Sam juga mampu menarik minat penonton hingga mencapai kutipan RM7.8 juta. Sesuatu di luar jangkauan penerbit mahu pun penonton sendiri.

Jadi, adakah dua filem yang bakal berentap pada 3 Jun ini mampu memberi impak sebegitu kepada peminatnya?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: