Monday, May 31, 2010

Bangkok mula kembali normal




BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva (gambar) semalam menyatakan negaranya kelihatan kembali normal selepas perintah berkurung ditarik balik ekoran tunjuk perasaan antikerajaan.

Beliau yang sebelum ini membatalkan perintah berkurung kelmarin menegaskan pemerintahan darurat masih diperlukan selepas dua bulan penunjuk perasaan antikerajaan berkampung di sini.

Penunjuk perasaan antikerajaan itu berakhir selepas pihak tentera melakukan operasi bagi mengusir mereka pada dua minggu lalu sehingga mengakibatkan hampir 90 orang terbunuh.

"Situasi malam kelmarin normal. Pihak berkuasa akan meneruskan pengawasan kemudian kita akan memutuskan untuk menimbang penarikan balik pemerintah darurat," kata Abhisit menerusi ucapan mingguannya di televisyen.

Perdana Menteri itu yakin bahawa situasi di Thailand akan dapat diselesaikan menerusi proses demokrasi walaupun sejarah negara tersebut pernah mengalami 18 rampasan kuasa sejak 1932.

Sebelum penunjuk perasaan antikerajaan itu berakhir, mereka menuntut supaya Abhisit meletakkan jawatan, Parlimen dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: