Monday, May 31, 2010

Suri nasihatkan Tom


TOM begitu menyayangi anaknya, Suri.


AKTOR terkenal, Tom Cruise selalu berbicara mengenai perancangan kariernya bersama anak perempuannya, Suri yang baru berusia empat tahun. Tom yang berkahwin dengan Katie Holmes memberitahu bahawa dia akan membaca skrip kepada Suri dan anaknya akan bertanya soalan.

Berbekalkan soalan yang ditanya oleh Suri, ia dapat membantu Tom menjadi pelakon yang lebih baik. "Saya akan mendodoikan Suri dan membaca skrip yang diterima. Saya akan menceritakan setiap inci plotnya.

"Tapi saya bercerita dengan kesesuaian budak-budak kerana dia hanya berusia empat tahun. Suri akan bertanya soalan seperti 'Mengapa benda itu berlaku?' 'Adakah mereka jahat?' 'Ayah akan menjadi lelaki baik kan?'

"Bolehkah saya menjayakan watak yang membuatkan dia gembira dan ketawa? Suri telah menjadikan saya lebih baik dari segi lakonan," kata Tom.

Aktor itu juga mempunyai dua orang anak angkat bersama bekas isterinya, Nicole Kidman, Connor, 15, dan Isabella, 17, cuba untuk menjadi bapa terbaik seperti yang dijanjikan kepada mereka semasa kecil.

Tambahnya kepada majalah Esquire: "Saya tidak akan melupakan saat saya baru menjadi ayah. Ia amat sukar untuk dijelaskan - tahap tanggungjawab, kebolehan untuk memberi itu adalah satu nikmat.

"Saya mengingati malam pertama hanya memandang ke arah Bella. Saya mahu melahirkan pertalian dengannya. Saya telah berjanji dengan Bella untuk melakukan yang terbaik."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: