Solaris Dutamas menawarkan pengalaman peruncitan yang menerapkan nilai seni seiring perubahan lebih segar untuk perniagaan dan komuniti urban. KUALA LUMPUR: Seni kini turut memberi inspirasi kepada konsep peruncitan lebih segar apabila pemaju hartanah, Sunrise Berhad menjadikan elemen itu dalam projek barunya di Solaris Dutamas di sini.
Projek yang dibangunkan di atas tanah berkeluasan 17 hektar di pinggir bandar raya Kuala Lumpur itu menghimpunkan kedai pejabat, suit pejabat, apartment dan menara pejabat bertaraf A.
Pengerusi Eksekutif Sunrise Berhad, Datuk Tong Kooi Ong berkata, konsep itu merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.
“Perniagaan memerlukan sesuatu yang berbeza untuk terus kukuh dalam industri dan strategi itu (perbezaan) begitu penting menjadikannya realistik.
“Konsep seni tersebut bukan sahaja memberikan kesegaran, unik dan dinamik, malah menjadi faktor memacu kepada peruncitan masa kini,” katanya di sini, baru-baru ini.
Menurut beliau, projek pembangunan kini sudah dibuka melalui beberapa fasa dan dijangka siap sepenuhnya pada awal tahun 2011.
Datuk Tong Kong Ooi.Sebagai pemaju hartanah yang inovatif, Sunrise Berhad sentiasa dikenali dengan trend dan standard baru dalam industri.
Peruncitan di Solaris Dutamas menawarkan lebih daripada itu, bukan sekadar kemudahan santai dan beli-belah untuk orang ramai.
Kooi Ong berkata, orang ramai menghabiskan masa di hujung minggu mengunjungi pusat beli-belah sekaligus meningkatkan kadar kunjungan dan menguntungkan perniagaan runcit.
“Seni itu adalah sesuatu yang unik dan menjadi tarikan lebih segar kerana ia sesuatu yang boleh diperbaharuhi secara berterusan,” katanya.
Jelasnya, ia merupakan tempat bagi komuniti bersantai dan berinteraksi dalam menghargai seni dan budaya yang memberi inspirasi kepada persekitaran.
Pelbagai bentuk kesenian diterapkan dalam rekaan pembangunan bagi menawarkan pengalaman beli-belah di luar jangkauan.
“Penyerapan seni dalam kedai-kedai, ruang awam dan taman luaran serta paparan ukiran dinding dan fizikal memberikan keseronokan kepada pengunjung dan komuniti,” tambahnya.
Solaris Dutamas mensasarkan pemilik perniagaan, peruncit, profesional, usahawan dan golongan muda urban serta mereka yang mencari ruang komersial dan kediaman selesa.
Antara tarikan adalah The Art Square yang merupakan tempat untuk penganjuran acara dan mempunyai pentas untuk persembahan luaran secara langsung serta Art Park yang mesra kanak-kanak bagi kemudahan keriangan sekeluarga.
Gambaran ilustrasi menara pejabat bertaraf A serta barisan kedai pejabat, suit pejabat dan apartment untuk ruang komersial terkini.Ia juga mempunyai pusat yang mempromosikan seni dan budaya adalah platform awam dikenali sebagai MAP juga pemangkin seni dan pertukaran budaya di kalangan orang awam.
Dilancarkan secara rasmi pada Mac tahun lalu, MAP dijadikan sebagai tempat perjumpaan antara artis, pereka dan orang awam.
MAP terdiri daripada galeri yang berkeluasan 5,000 kaki persegi yang dinamakan White Box dan Black Box iaitu teater eksperimental tertutp dengan 200 tempat duduk.
Kooi Ong menjelaskan sudah tiba masanya untuk pembangunan melakukan perubahan bagi memenuhi permintaan pasaran menerusi elemen kreatif dan inovatif.
“Dengan peruncitan seni yang kreatif ini sekaligus menjadi Solaris Dutamas sebagai destinasi peruncitan yang berbeza dan ini merupakan janji Sunrise Berhad menyampaikan nilai kepada komuniti secara menyeluruh dan pembangunan hartanah menerusi satu lagi mercu tanda berkualiti,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: