
Dengan pelantikan figura yang terkenal dengan jolokan Hero Malaya ini sebagai duta baru kepada produk kesihatan dan kecantikan Zell-V segalanya terjawab.
Sebelum ini, Elaine Kang dan pelakon Singapura, Huang Wen Yong turut menjadi duta Zell-V.
Produk kesihatan dan kecantikan dikeluarkan Syarikat Ruyi Holding ini memperkenalkan plasenta kamping biri-biri yang direka khusus untuk membantu merawat tanda-tanda penuaan yang agresif serta kesihatan yang baik.
“Dalam jangka usia yang semakin bertambah ini saya turut risau dengan masalah penuaan yang dihadapi. Tambahan pula berada dalam industri yang semakin pesat ini memerlukan saya bersaing dengan rakan pelakon baru.”
“Pada keadaan yang memaksa saya mencari jalan penyelesaian, saya dipertemukan seorang jiran yang memperkenalkan saya dengan produk Zell-V ini.
"Dengan pengambilan selama tiga bulan ia menunjukkan tanda-tanda positif di mana bukan sahaja saya kelihatan seperti berusia 25 tahun malah kesihatan pun semakin baik,” katanya yang sudah pun menjangkau usia 43 tahun.
Pernah juga Rosyam Nor terfikir mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalahnya dengan pengambilan botox, vitamin c atau kolegen seperti dilakukan oleh sebilangan artis.
Namun atas nasihat rakan-rakan yang memberitahu cara ini jarang sekali menggunakan bahan asli, hasratnya itu dibantutkan sahaja.
Dengan itu, tindakannya menggunakan produk Zell-V adalah tepat sekali tambahan pula ia mampu memberikannya keselesaan pada kesihatan di mana kehidupannya lebih produktif di samping meneruskan kariernya sebagai pelakon yang mendambakan dia melakukan penggambaran dalam tempoh jangka masa yang agak lama bagi sesuatu drama mahupun filem.
“Kini setelah lebih kurang enam bulan menggunakannya, saya dapat melakukan kerja tanpa masalah kesihatan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: