Wednesday, May 26, 2010

Khairy Tamat Latihan Sebagai Askar Wataniah Hari Ini

Khairy menerima anugerah pelatih terbaik dan akademik terbaik daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam majlis perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah di Kem Rasah, semalam.

SEREMBAN: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menamatkan latihan sebagai askar Wataniah selepas menjalani latihan ketenteraan selama sebulan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor.

Menurut Khairy, penyertaannya dalam pasukan simpanan tentera darat itusemata-mata untuk berkhidmat kepada negara dan bukan disebabkan doronganpolitik.

Bercakap kepada pemberita selepas lulus sebagai askar Wataniah dalam majlisperbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 AskarWataniah, Khairy berkata beliau mempelajari banyak perkara semasa dalam latihan itu dan berharap dapat menarik golongan muda tanpa mengira fahaman politik untuk menyertai askar Wataniah.

Turut hadir menyaksikan Khairy dan seramai 87 orang dalam skuadnya berbarisialah mentuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Jeanne Abdullah.

Khairy berkata walaupun sebelum ini beliau ditawarkan untuk mendapat pangkatMejar Kehormat (tanpa proses latihan) tetapi berpendapat sebagai orang muda dan mempunyai sedikit stamina, beliau mahu menyertai Wataniah dan turut menjalani latihan tentera.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: