
Finalis Malam Kemuncak Gah 1 Akhir yang bakal mempertaruhkan persembahan terbaik mereka untuk merebut gelaran Lagu Terbaik bagi musim Ke-7 kini bersedia memikul tanggungjawab seterusnya di peringkat akhir dengan membawakan lagu-lagu yang telah menjadi pilihan penonton melalui carta Gah 1 di sepanjang musim ke-7.
Sembilan finalis dengan sembilan lagu terbabit adalah Azharina Azhar (Rawan), Misha Omar (Cinta Adam & Hawa), Alyah (Tak Mungkin Kerana Sayang), Stacy (Pakai Buang), Stacy & Adam (Menggegar Dunia), Faizal Tahir (Bencinta) dan Tomok (Rindu Terhenti) serta 2 kumpulan indie yang turut bersaing iaitu Grey Sky Morning (Cinta Gila) dan kumpulan 6ixth Sense (Khatimah Cinta).
Nantikan pertaruhan finalis dalam merebut Anugerah Lagu Terbaik di Malam Kemuncak Gah 1 Akhir yang akan menemui peminat muzik tanahair di saluran TV2 dan Muzik Aktif 180 mulai jam 8.30 malam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: