Tuesday, May 4, 2010

Haliza mohon maaf tampil seksi



Sudah agak lama aktres berbakat Haliza Misbun tidak muncul di layar perak. Kali terakhir kemunculannya adalah sekitar tahun 1995. kemudian, dia menyepi.

Tahun 2010, Haliza muncul semula. Filem terbaru terbitannya Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami bakal memberi impak terhadap kariernya.

Filem yang dikatakan sangat dekat dengan diri pelakon cantik ini. Mengakui filem ini tidak hanya merujuk kepada dirinya secara total, tetapi ia adalah kisah benar yang berlaku kepada wanita-wanita zaman ini yang sukar mencari calon suami yang serasi.

Katanya pelakon berusia 37 tahun ini, filem ini adalah sebagai perspektif baru kepada masyarakat agar tidak lagi memperlekehkan golongan andartu hanya kerana mereka mekilih untuk tidak berkahwin.

Filem ini juga perangsang kepada kebanyakan wanita agar mengikut naluri mereka sendiri dan tidak hanya menurut kata orang lain kerana untuk mencari calon suami yang berkualiti bukanlah semudah yang disangka.

Walaupun sarat dengan mesej yang agak berat, filem ini tidak kurang kontroversinya apabila beberapa adegan di dalam filem ini yang dikatakan agak keterlaluan. Ada di antara pakaian yang Haliza yang agak seksi hingga menampakkan pusat. Ketika diajukan soalan mengenai pakaiannya itu, Haliza tidak mudah melatah.

“Saya akui ada adegan di mana pakaian saya nampak seksi. Saya minta maaf kalau ada yang rasa kurang senang dengan pakaian itu. Sebenarnya untuk adegan makan malam yang mana saya mengenakan pakaian berwarna putih, wujud sedikit kekeliruan saya dan pengarah di mana saya tidak tahu dari arah mana pengarah akan mengambil ‘shot’ saya ketika itu.

“Jika saya tahu ia akan diambil daripada atas, sudah pasti saya tidak akan memakai pakaian tersebut. Saya sendiri terkejut tapi semuanya sudah siap. Tak mungkin ia akan di rakam semula. Jadi saya berharap ia jelas dan saya minta maaf sekali lagi,” katanya.

Menyentuh mengenai pakaian yang menampakkan pusatnya pula, Haliza memberitahu ia juga satu kesilapan.

“Saya memakai pakaian yang mengikut peredaran zaman ketika itu. Sudah saya jelaskan, tidak wujud perkataan seksi dalam filem ini. semuanya hanyalah kepada mesej sahaja. Kalau ada pihak mengatakan ia seksi, apa yang boleh diperkatakan lagi,” katanya.

Menurutnya, biarpun sudah lama tidak muncul, berpakaian seksi bulanlah percaturan untuknya mempromosikan filem tersebut.

“Saya buat filem bukan untuk kontroversi. Saya buat filem untuk memberi hiburan dan pengajaran kepada penonton. Idea filem ini adalah daripada saya. Memang ia ada kena mengena dengan diri saya cuma bukan seratus peratus.

“Sedikit sahaja, yang lain adalah pengalaman ratusan wanita di luar sana yang sukar mencari cinta dan suami yang serasi. Saya harap dengan pendekatan yang saya gunakan ini, dapat memberi input kepada wanita di luar,” katanya.

Filem yang diterbitkan oleh syarikatnya sendiri Big Productions Sdn Bhd mengisahkan kehidupan Nik Melati gadis berusia lewat 30-an yang tertekan gara-gara masih lagi belum berkahwin. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kedua ibu bapanya namun tidak berhasil. Banyak aksi lucu dapat dipertontonkan melalui filem ini di mana ibu Nik Melati telah memberi kata dua kepadanya agar mencari calon suami dalam tempoh 21 hari, atau Nik Melati terpaksa mengikut pilihan ibu bapanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: