SUBANG JAYA – Bermodalkan air liur, sekeping resit dengan logo serta kepala surat sebuah syarikat pemaju terkenal di Bandar Sunway, seorang lelaki licik menyamar sebagi ejen perumahan untuk memperdaya lebih 50 mangsanya.
Lelaki terbabit yang dikenali sebagi Vishnu berusia lingkungan 40-an dikatakan memperoleh laba palsu hasil penipuannya dengan jumlah mencecah lebih RM300,000.
Lebih malang kebanyakkan mangsa mendakwa tertipu selepas mempercayai dakwaan lelaki terbabit yang memaklumkan pemilik pertama rumah kos rendah yang dijual syarikat pemaju diwakilinya menghadapi masalah tidak dapat membuat pinjaman bank selain tidak mampu membayar 10 peratus deposit kepada pemaju.
Difahamkan, kegiatan lelaki itu terbongkar apabila kesemua mangsa yang ditipu mengesyaki sesuatu apabila rumah yang dijanjikan masih tidak dapat diduduki malah ada di antara nombor unit rumah yang dinyatakan dalam Perjanjian Sewa Beli (S&P) rumah sudah dimiliki pemilik lain.
Wakil kepada kesemua mangsa itu, Datuk Samson David Maman berkata, segala-galanya bermula empat tahun lalu apabila beliau menemani empat kenalannya membuat pembelian rumah dengan seorang ejen yang mengaku dilantik syarikat pemaju itu.
Beliau berkata, kesemua mangsa pada mulanya berasa yakin dengan tipu helah ejen itu apabila mereka mengadakan pertemuan pertama di pejabat pemaju di Dataran Mentari, Sunway.
“Kesemua mangsa bertemu dengan ejen itu di pejabat pemaju antara waktu 1 hingga 2 petang sebelum diarahkan ke pejabat peguam yang terletak di Pusat Bandar Puchong.
“Tanpa menyedari bakal menjadi mangsa selain mempercayai urusniaga yang dijalankan di pejabat peguam, kesemua mereka kemudian membuat pembayaran deposit rumah kepada ejen itu dan turut membayar yuran guaman,” katanya yang membuat satu laporan di Balai Polis Subang Jaya.
Kata beliau, ejen itu kemudian menyerahkan sekeping resit yang mempunyai kepala surat syarikat pemaju yang tertera jumlah dibayar mangsa.
Dalam tempoh sama juga mangsa menerima resit yuran guaman dikeluarkan pejabat peguam itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: