PERCERAIAN tidak menghalang aktres Sandra Bullock menyimpan harapan agar bekas suaminya, Jesse James turut terbabit membesarkan anak angkatnya, Louis, 3 bulan.
SANDRA...akan kembali berlakon.
HEBAT...rumah baru Sandra.
"Saya akan mengambil Louis sebagai anak angkat dengan status ibu tunggal. Pada masa ini, hubungan saya dengan James agak berbeza. Meskipun saya marah, saya kini lebih memahami dan memaafkannya. Saya juga menyokong usahanya menjalani pemulihan kerana semua yang berlaku merubah diri saya.
"Saya tak pasti apa yang akan berlaku selepas ini tapi saya ingin Louis menikmati layanan sama diberikan James terhadap anak-anaknya tidak kira apa yang berlaku antara kami," katanya ketika ditemubual majalah Hello.
James menjalani rawatan memulihkan ketagihan seksnya dan keluar daripada pusat pemulihan baru-baru ini. Dia memiliki tiga anak, Chandler, 15, Jesse Jr, 12, dam Sunny, 6, hasil perkahwinannya sebelum dengan Sandra.
"Saya juga ingin anak-anak James mengenalinya. Meskipun kami sudah bercerai, Louis tetap adik mereka dan James akan melakukan apa sahaja bagi melindungi anak-anaknya dan membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang. Bezanya kami kini sudah berpisah," kata Sandra lagi.
Lebih mengejutkan, akhbar The Chicago Sun-Times minggu lalu melaporkan, sumber rapat mendakwa Sandra bakal menambah jumlah ahli keluarganya tidak lama lagi.
"Saya tidak terkejut jika Sandra memutuskan untuk mengambil adik lelaki atau perempuan untuk Louis dalam tempoh setahun lagi," kata sumber itu.
Ketika mendedahkan keputusannya untuk mengambil seorang anak angkat dari New Orleans, Sandra turut bertekad membesarkannya di bandar itu.
"Ia adalah bandar kelahirannya," kata Sandra kepada majalah People.
Beberapa minggu kemudian, Sandra memenuhi janjinya itu dengan berpindah ke rumah agam era Victoria di Garden District.
Rumah agam dikenali dengan nama Koch-Mays dibina pada 1860s-an. Dengan keluasan 2,016 meter persegi, ia memiliki lima bilik tidur, empat setengah bilik air, lampu candeliar dan kolam mandi di belakang rumah. Sandra membeli rumah itu dengan harga AS$2.25 juta (RM7.18 juta) Jun tahun lalu ketika masih bersama-sama dengan James.
Gambar rumah agam itu yang disiar di laman web hartanah sebaik sahaja Sandra membelinya menunjukkan rekaan dalaman yang penuh dengan perabot antik dan kertas dinding era Victoria.
Namun, Sandra pastinya melakukan ubah suai dan beberapa van dilihat membawa perabot baru ke rumah itu.
Yang pasti, penduduk tempatan gembira melihat Sandra tinggal di kawasan itu."Kami harap beliau suka tinggal di sini. Kami mengalui-alukan kehadirannya. Saya harap Sandra dan anaknya menyukai bandar ini seperti kami," kata pasangan jiran Sandra di RadarOnline.
Pelajar perubatan, Casey Bergeron yang sering belajar di restoran Starbucks berhampiran rumah Sandra menceritakan suasana bandar itu.
"New Orleans beruntung kerana kami memiliki ramai selebriti dan beberapa paparazzi. Sesi penggambaran pelbagai filem di bandar ini dilihat lebih menarik berbanding kehadiran jiran baru kami. Hakikatnya, kedua-duanya amat menarik bagi New Orleans dan juga komuniti," katanya.
Sementara itu, Sandra dan James dilapor ingin menjual rumah tepi pantai di California Selatan dengan harga hanya AS$6 juta (RM19.14 juta).
Menurut pendaftar Orange County, rumah dua tingkat, empat bilik tidur di pantai Sunset Beach itu didaftar atas nama James. Mereka membelinya dengan harga 2003 for AS$3.5 juta (RM11.16 juta).
Pada masa sama, wakil Sandra turut memberi jaminan pelakon itu tidak akan meninggalkan Hollywood selama-lamanya.
Isu itu timbul apabila Sandar mengesahkan pada minggu lalu, beliau akan bercuti daripada menjalani penggambaran filem untuk membesarkan Louis dan juga merawat hatinya selepas berpisah dengan James.
"Setiap insan perlukan kulit yang tebal dalam dunia hiburan. Saya tidak memilikinya pada masa ini," katanya.
Namun, jurucakapnya menegaskan Sandra tidak berniat untuk berhenti berlakon, hanya enggan menandatangani sebarang kontrak hingga selepas pemindahan rumahnya selesai.
"Demi ketenangan Sandra, kami tidak akan mendedahkan racangannya. Meskipun tidak memiliki sebarang projek pada masa ini, Sandra akan kembali ke dunia filem," kata jurucakap itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: