Monday, May 17, 2010

Latihan catwalk peserta akhir

WANITA dan dunia kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Jika ditanya kepada mana-mana wanita sekali pun mengenai keinginan utama, pasti jawapan sama yang akan diberikan iaitu mahu tampil cantik dan menarik seperti seorang model.

ADA BAKAT...seorang peserta memberikan aksi terbaik ketika  dipotretkan.
ADA BAKAT...seorang peserta memberikan aksi terbaik ketika dipotretkan.

LEBIH RAPI...sebelum dipotret, peserta terlebih dulu akan  menjalani sesi ubah suai diri yang disediakan penganjur. CUBA NASIB...tiada halangan untuk wanita yang mahu mencuba nasib  dalam kempen pencarian model jenama berkenaan.


LEBIH RAPI...sebelum dipotret, peserta terlebih dulu akan menjalani sesi ubah suai diri yang disediakan penganjur.
Begitupun, definisi cantik itu sebenarnya terlalu subjektif kerana ada yang menganggap kurus itu cantik dan ada yang menganggap memiliki aura keserian wajah serta daya penarik itulah kecantikan sebenar.

Justeru, seiring dengan falsafah 'Cantik Tanpa Mengira Usia', jenama kecantikan terkenal, Estee Lauder, sekali lagi mengadakan kempen Pencarian Model Estee Lauder (PMEL 2010), bermula sejak 27 April lalu.

Seperti edisi sebelumnya, pencarian kali ini turut dibahagikan kepada dua kategori iaitu A untuk mereka yang berumur 29 tahun ke bawah dan kategori B, bagi wanita berumur 30 tahun ke atas.

Pengurus Kanan Perhubungan Awam Estee Lauder, Yap Mei Fong, berkata bagi merealisasikan impian berkenaan, pasukan impian jenama itu menjelajah ke lapan lokasi di enam negeri untuk mencari wanita yang memenuhi kriteria yang diperlukan iaitu anggun, moden dan penuh keyakinan.

Pencarian itu terbuka kepada semua wanita di Malaysia tanpa mengira bangsa dan usia kerana kecantikan sebenarnya perlu dihargai tanpa ada had batasan.

Katanya, untuk menyertai pencarian itu, wanita yang berminat hanya perlu mendaftar di mana-mana lokasi PMEL 2010 dan membeli Pakej Makeover PMEL 2010 berharga RM280.

"Di lokasi berkenaan juga, jurusolek kami akan menata rias wajah peserta seperti model kerana setiap peserta berpeluang mendapat satu sesi ubah suai penampilan diri daripada kami, dandanan rambut daripada Miko Hair Studio & Academy dan akan dipotretkan dengan pakaian daripada Eclipse.

"Setiap peserta juga akan diberikan potret segera bersaiz A4 dan lebih istimewa, mereka juga akan menerima baucar tebus semula bernilai RM250 untuk sebarang produk jenama ini.

"Kempen PMEL 2010 menawarkan peluang keemasan kepada mereka yang bercita-cita menjadi model dalam sekelip mata dan memenangi pelbagai hadiah bernilai lebih RM258,000," katanya.

Jelasnya, peserta separuh akhir daripada setiap lokasi akan dipilih untuk bersaing menerusi undian secara dalam talian untuk mendapat tempat di peringkat akhir yang akan diadakan di pusat beli-belah Suria KLCC, pada 13 Julai depan.

Selain itu, semua peserta akhir bakal diberikan latihan catwalk sehari oleh Andrew's Model bagi menyediakan peserta dengan pengalaman berjalan di atas pentas peragaan pada pertandingan akhir.

Katanya, pengadil akan memilih pemenang bagi setiap kategori berdasarkan cara peserta berjalan, personaliti dan gambar potret. Mereka akan merebut tiga gelaran sampingan iaitu Foto Sempurna Sony, Elegan Eclipse dan Catwalk Terbaik Andrew's Models.

"Berbeza daripada tahun lalu, edisi kali ini turut memperkenalkan lagi satu lagi gelaran baru iaitu Duta Rambut Miko.

"Pemenang hadiah utama bagi kedua-dua kategori juga bakal memenangi hadiah bernilai lebih RM50,000 termasuk gelaran Duta Malaysia Estee Lauder, tampil dalam kempen iklan tujuh muka surat majalah fesyen terkenal negara dan barangan jenama ini bernilai RM10,000 untuk kegunaan setahun.

"Mereka juga akan membawa pulang Eclipse bernilai RM1,500, portfolio model bernilai RM2,000, perkhidmatan dandanan rambut di Miko Hair Studio bernilai RM1,000 dan paling istimewa, peluang menjelajah Australia untuk tugasan fotografi selama enam hari lima malam yang ditaja sepenuhnya," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen berkenaan di ibu negara, baru-baru ini.

Untuk keterangan lanjut mengenai kempen berkenaan, layari www.esteelaudermodelsearch.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: