Wednesday, May 26, 2010

Rumah berhantu filem Amityville dijual RM3.8 juta

NEW YORK - Sebuah rumah yang popular dalam filem The Amityville Horror kini dijual kepada orang ramai di New York.

Kediaman lima bilik zaman kolonial Belanda itu berada di pasaran kelmarin pada harga AS$1.15 juta (RM3.8 juta).

The Amityville Horror: adalah filem berdasarkan pengalaman keluarga Lutz menghuni sebuah rumah pada 1975 selepas insiden enam sekeluarga mati ditembak ketika tidur.

Dalam insiden itu, anak sulung keluarga itu, Ronald DeFeo Jr didapati bersalah membunuh ahli keluarganya.

Di sebalik tragedi ngeri itu, rumah tersebut turut mencatatkan pelbagai kejadian paranormal seperti perabot bergerak sendiri dan kehadiran jelmaan babi bernama Jodie.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: