Wednesday, May 26, 2010

Drama Ratu Kunang serlahkan bakat Vince

Nama Vince tidak perlu diperkenalkan lagi. Walaupun popular di pentas nyanyian, namun Vince sebenarnya berbakat dalam bidang lakonan.

Drama khas bersempena sambutan Hari Gawai, Ratu Kunang, Vince menunjukkan kehebatannya sebagai pelakon.

Memegang watak sebagai Tony yang merasa hidupnya mula dalam dilema apabila menerima sepucuk surat misteri daripada seorang wanita bernama Jemima yang mengaku bahawa dirinya adalah ibu kandung Tony yang sebenar.

Apabila persoalan ini diajukan oleh Tony kepada Jenifer yang dia anggap adalah ibu kandungnya selama ini Jenifer akan mengelakkan diri dari menjawab soalan dari Tony.

Akhirnya persoalan tentang surat misteri itu terjawab apabila Tony melihat Jenifer secara rahsia telah membaca surat misteri tersebut.

Setelah didesak berkali-kali oleh Tony, Jenifer memberitahu memang mengenali Jemima dan Jenifer juga mengakui bahawa Jemima adalah ibu kandung Tony yang sebenar.

Jenifer memberitahu pada Tony bahawa dia hanyalah ibu tiri yang menjaga Tony dari kecil setelah Tony diserahkan oleh Jemima.

Anthony, ayah Tony dijatuhkan hukuman oleh Tuai rumah panjang supaya bercerai dengan Jemima kerana Anthony menipu warga rumah panjang bahawa dia masih bujang semasa berkahwin dengan Jemima.

Tony yang masih bayi di bawah jagaan Jenifer dan Anthony telah dibawa oleh Jenifer dan suaminya ke Kanada kerana suaminya Anthony ada tugas diluar negara.

Apabila pulang semula ke Malaysia Jenifer menghubungi Jemima tapi Jemima sudah tidak mahu lagi mengambil tahu akan hal Tony kerana Jemima memberitahu bahawa dia telah mempunyai suami baru dan sudah mempunyai anak.

Oleh kerana itu Tony telah dijaga oleh Jenifer dengan penuh kasih sayang seperti anak kandung sendiri.

Tony yang berasa sedih dan tidak berpuas hati dengan penjelasan daripada Jenifer pergi ke Lubuk Antu untuk berjumpa dengan Jemima dan ingin mendapatkan penjelasan daripada Jemima diatas apa yang telah terjadi. Saksikan drama khas pada Selasa 1 Jun 2010, jam 1.30 petang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: