Tuesday, May 18, 2010

Pusat Maxis pertama di Terengganu




KUALA TERENGANU - Maxis Bhd. (Maxis) melancarkan pusat Maxis pertamanya di Terengganu sebagai usaha meningkatkan lagi perkhidmatannya kepada para pelanggan di pantai timur.

Ketua Pegawai Operasi Maxis, Jean-Pascal Van Overbeke (gambar) berkata, dengan pembukaan pusat terbaru itu syarikat kini mempunyai satu pusat runcit dan empat rakan kerjasama eksklusif Maxis yang menawarkan perkhidmatan yang lebih baik di negeri ini.

Menurutnya, penambahan ini perlu dibuat berdasarkan kepada jumlah pelanggannya di kawasan ini telah berkembang secara berterusan dan Terengganu mendahului daripada segi peningkatan jumlah pelanggannya.

"Pusat pertama kami di Kuala Terengganu diwujudkan bagi memastikan para pelanggan kami akan kekal menikmati perkhidmatan yang lebih bermutu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: