Tuesday, May 18, 2010

200 pemandu mogok


SEBAHAGIAN daripada pemandu syarikat bas ekspres Transnasional dan Cityliner yang mengadakan bantahan berhubung gaji dan kebajikan pekerja di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Perjalanan bas ekspres Transnasional dan bas henti-henti Cityliner ke Butterworth dan Kangar serta Sungai Petani dan Pendang tergendala selama tujuh jam berikutan kira-kira 200 pemandu bas berkenaan enggan memandu bas semalam.

Ia berlaku kerana mereka tidak berpuas hati mengenai gaji dan kebajikan yang ditawarkan oleh majikan mereka, Konsortium Transnasional Berhad (KTB).

Kira-kira 90 pemandu bas mengadakan bantahan aman di depoh syarikat itu di Mergong di sini pada pukul 10.30 pagi mengakibatkan perjalanan bas ekspres dari Alor Setar ke Butterworth dan Kangar tergendala bermula pukul 5.30 pagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: