NIBONG TEBAL - Hanya dengan menggunakan seketul magnet yang telah diubahsuai, dua lelaki mengaut puluhan ribu ringgit dengan menipu orang awam melibatkan penggunaan meter elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, dengan menyamar sebagai petugas TNB, dua suspek terbabit dipercayai menjadikan kawasan rumah kediaman di sekitar daerah ini sebagai sasaran.
"Ketika menemui pemilik rumah, suspek berpura-pura melakukan pemeriksaan terhadap bacaan meter di rumah mangsa.
"Tanpa disedari, seorang daripada suspek meletakkan seketul magnet yang telah diubahsuai bertujuan memperlahankan pergerakan meter," kata beliau di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: