Monday, May 3, 2010

PM Thai beri amaran


BEBERAPA penunjuk perasaan
mengalihkan satu sekatan di laluan ke Hospital Chulalongkorn, Bangkok semalam.


BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva semalam menegaskan bahawa kerajaan sedang bersiap sedia untuk membersihkan satu kawasan di Bangkok yang dikuasai oleh ribuan penunjuk perasaan antikerajaan yang memakai Baju Merah demi menamatkan krisis yang telah melumpuhkan ibu negara tersebut.

Semakin ramai rakyat Thai kecewa dengan masalah krisis politik itu yang menemui jalan buntu dan telah berlanjutan lebih lapan minggu.

Krisis itu turut meragut sekurang-kurangnya 27 nyawa dan mengakibatkan kerugian berjuta-juta dolar kepada Thailand.

"Kami memberikan isyarat yang jelas bahawa mereka telah diberi cukup masa untuk keluar dari zon yang diduduki," kata Abhisit yang enggan memberitahu bila operasi itu akan dilancarkan.

Ribuan penunjuk perasaan Baju Merah yang merupakan penyokong bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra telah 'menduduki' pusat komersial di Bangkok.

Tindakan penunjuk perasaan itu memaksa beberapa pusat beli-belah dan hotel ditutup.

Penunjuk perasaan itu mendesak Abhisit meletak jawatan, membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: