Monday, May 3, 2010

Terjun jambatan rai 1 Mei


AKSI beberapa orang terjun dari Jambatan Magdalen
di Oxford kelmarin.


OXFORD, Britain - Sejumlah pelajar Universiti Oxford terjun dari Jambatan Magdalen di sini pada waktu subuh bagi meneruskan tradisi sambutan Hari Pekerja kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Tradisi itu bermula pada tahun 1970-an namun terjunan tersebut tidak digalakkan kerana 40 orang cedera semasa melakukannya pada 2005 kerana Sungai Cherwell di jambatan berkenaan cuma sedalam 60 sentimeter.


DUA orang terjun dari Jambatan Magdalen di Oxford
kelmarin.


Seorang pegawai polis, Amanda Pearson berkata: "Saya berasa gembira untuk menyatakan bahawa tidak ada daripada mereka (penerjun) yang mengalami kecederaan."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: