NAZA Group of Companies (Naza) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai satu-satunya syarikat yang mengedarkan lebih tujuh jenama automotif Itali di Malaysia apabila memeterai perjanjian pengedaran eksklusif motosikal Kumpulan Piaggio.
KERJASAMA...(dari kiri) SM Faisal, Mukhriz, Franklin dan Vergamini.
Beliau berkata, pihaknya akan melabur kira-kira RM6 juta untuk hak pengedaran termasuk menyediakan bilik pameran runcit eksklusif untuk jenama berkenaan membabitkan kemudahan selepas jualan. “Jenama itu akan diedarkan di bawah rangkaian Naza World of Bikes dan mengikut terma perjanjian, Naza mempunyai pilihan untuk mengedarkan tiga lagi jenama kumpulan Piaggio iaitu Moto Guzi, Scarabero dan Derbi,” katanya pada sidang media selepas memeterai perjanjian pengedaran itu di Kuala Lumpur, semalam. SM Faisal mewakili Naza manakala Kumpulan Piaggio diwakili Pengarah Urusan Piaggio Asia Pasifik, Mark Franklin. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir hadir menyaksikan majlis berkenaan. Turut hadir Atase Perhubungan Komersial Kedutaan Itali, Fabrizio Vergamini. SM Faisal berkata, pihaknya yakin pasaran motosikal dengan enjin berkapasiti tinggi dan skuter yang sinonim dengan segmen gaya hidup masa kini dijangka meningkat kepada 3,000 unit tahun ini. “Jumlah Industri (TIV) pada 2009 jatuh sekitar 14.5 peratus berbanding 2008, namun segmen gaya hidup meningkat sebanyak 40 peratus daripada 1,800 unit kepada 2,500 unit tahun lalu. “Peningkatan itu mendorong Naza untuk meneroka segmen pasaran motosikal mewah dengan kapasiti tinggi. “Justeru, kami mensasar untuk menjual antara 700 dan 1,000 unit motosikal tahun ini dari segmen ini dengan 50 peratus daripadanya ialah Vespa, ” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: