Wednesday, May 5, 2010

Saya perlukan Misbun

PENYEBARAN wabak influenza A (H1N1) di kalangan keluarga ketua jurulatih Rashid Sidek kini menular ke keluarga Datuk Misbun Sidek apabila dua anaknya pula dijangkiti penyakit itu dan dikuarantin di hospital swasta.

WASPADA...Chong Wei memakai topeng ketika sesi fisioterapi,  semalam.
WASPADA...Chong Wei memakai topeng ketika sesi fisioterapi, semalam.
Tambah membimbangkan apabila Misbun turut dikatakan mengalami demam ketika beliau menunggu isterinya yang menjalani rawatan penyakit buah pinggang di Hospital Kuala Lumpur.


Misbun yang sudah dua hari tidak hadir pada sesi latihan diberitahu sudah menjalani ujian darah di hospital terbabit pada tengah hari semalam.


Justeru jurulatih itu perlu menunggu keputusan ujian darah itu yang akan dikeluarkan dalam tempoh 72 jam bagi mengesahkan sama ada positif atau negatif wabak H1N1.


Jumaat lalu, Misbun turut menjalani ujian saringan di Stadium Juara, Bukit Kiara oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, tapi keputusannya negatif.


Bagaimanapun, kebimbangan tetap tercetus kerana jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei amat perlukan khidmat beliau.


“Saya harap beliau cepat sembuh kerana saya perlukan dia. Saya tidak kisah jika beliau tidak dapat hadir dalam sesi latihan kerana pembantu jurulatih, Teh Seu Bock ada untuk membantu saya berlatih, tapi saya harap beliau ada pada hari saya beraksi,” kata Chong Wei ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Putra, Bukit Jalil, petang semalam.


“Saya tidak akan lemah semangat. Saya sedar tanggungjawab saya untuk bermain dengan baik dan saya akan kotakan janji saya.


“Saya juga berharap agar rakan lain tidak cepat panik, namun kita perlu berhati-hati menjaga kebersihan diri, tambahan pula Wong Mew Choo tidak dapat berlatih kerana demam,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: