Saturday, May 1, 2010

MPV Easter 2.0L AUTO


WAjah baru kenderaan penumpang yang semakin diterima di pasaran tempatan.


CHERY Alado Automobile Sdn. Bhd., mula memasuki segmen model kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan memperkenalkan Chery Easter.

Dengan penekanan kepada aspek keselesaan pelanggan, model baru ini sesuai untuk pelanggan yang berorientasikan keluarga.

Ia sesuai dimiliki oleh mereka yang inginkan kehidupan ringkas tetapi mementing gaya hidup kekeluargaan.

Sebab itu matlamatnya ialah menjadikan Chery Easter sebagai pilihan terbaik bagi semua kelas masyarakat yang inginkan kenderaan untuk keluarga tetapi pada masa sama berpersonaliti.

Lagi pula Chery Easter yang memiliki pelbagai fungsi dan gaya adalah pilihan terbaik untuk beriadah dan kegunaan harian.

Yang paling penting ia memenuhi keperluan keluarga, pengembaraan dan komersial.

Ketua Pegawai Eksekutif Chery Alado, Meng Tao berkata, selepas kejayaan melancarkan Easter 2.4 liter dan Tiggo, pihaknya membuka tirai untuk memperkenalkan model kelima Chery dalam pasaran automotif Malaysia iaitu Easter 2.0 Liter.

"MPV Easter 2.0L adalah pilihan terbaik kepada pelanggan kerana ia MPV yang dipertingkatkan cirinya seperti Chery Acteco 2.0L yang memberikan kuasa dengan penggunaan minyak yang lebih baik," katanya.

Bagi Chery Alado Automobile, tahun 2009 walaupun dilanda pelbagai masalah kewangan tetapi ia merupakan tahun yang baik untuk mereka.

Ini kerana Chery meneruskan peningkatan yang komprehensif dan kompetitif melalui promosi yang berterusan.

Tahun ini, Chery menggunakan sepenuhnya krisis kewangan dengan mencari pelbagai pilihan bermula daripada pengurusan, jualan dan pemasaran dengan melaksanakan strategi 'jenama, kualiti, servis' di seluruh negara.

Selain itu mereka juga akan mempromosikan pencapaian setakat ini iaitu Chery di tangga ke-10 bagi kategori kenderaan penumpang bukan nasional dalam pasaran automotif Malaysia.

Tao berkata, sokongan kerajaan dan masyarakat, membolehkan mereka terus memperkenalkan model baru untuk pasaran negara ini.

Malah katanya, ia juga lambang kerjasama erat antara Malaysia dan China dalam ekonomi dan perdagangan terutama dalam industri automotif.

1 comment:

  1. Memang cantik dan menarik tetapi perkhidmatan lepas jualan amat mengecewakan contohnya semasa saya baru ambuil kereta ada masalah kebocoran minyak tetapi sehingga sekarang dan empat bulan tidak dapat diatasi.
    baru-baru ini pula kereta saya rosak tengah malam dan sehingga keesokan petang telefon talian hotline diberi alasan semua mekanik tak dapat dihubungi.
    Senario ini berlainan dengan toyota dan lain-lain jenama kereta sediakan hotline dan bantu pembeli. Syabas kepada mereka dan cheery malaysia perlu belajar dari mereka.
    pembeli kecewa.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: