Monday, May 3, 2010

Jam dasar laut Nautica


JAM tangan Nautica direka dengan kronograf Jepun dan tahan karat.


DI BAWAH permukaan laut dan lapisan cahaya terang atau malap, anda masih dapat melihat jarum jam tangan yang dipakai. Siri NCS 46 keluaran Nautica kali ini lebih mengutamakan ciri-ciri kehidupan di dasar laut.

Percaya dengan pandangan ahli ilmu alam yang menyatakan laut mempunyai lima lapisan dengan setiap lapisan terdiri daripada unsur keseimbangan kehidupan.


JAM tangan siri NCS46 diperbuat daripada kulit 100 peratus.


Jadi, sebab itulah NCS 46 menerapkan ciri-ciri lima lapisan yang bermula daripada pembuatan yang cukup kompleks hinggalah ke tahap fungsinya.

Jam tangan lasak dan klasik Nautica direka dengan kelebihan kronograf Jepun dan tahan karat meskipun berada di dasar laut sedalam 100 meter.

Dari segi rekaan tali jamnya pula, NCS 46 menawarkan tali yang diperbuat daripada kulit asli. Malah, yang menariknya, permukaan belakang tali jam tangan itu mempunyai warna-warna terang seperti hijau dan bersesuaian dengan konsep yang ditampilkan.

"Kami amat bangga dapat memperkenalkan jam tahan lasak terbaru Nautica iaitu NCS 46. Rekaannya begitu inovatif dan tampak hebat di tangan seorang lelaki.

"Lagipun, Nautica juga lebih dikenali dengan rekaan produk yang menampilkan gaya ringkas dan maskulin," beritahu Timbalan Presiden Pengurusan Nautica, Linda Calvert.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: