|
|
KUALA LUMPUR - Usaha keluarga Mohamed Izham Salim (gambar), 18, untuk merealisasikan pemindahan buah pinggang bagi pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu menemui kegagalan.
Biarpun sudah ada penderma, proses pembedahan tidak dapat dilakukan kerana ia berisiko tinggi.
Keputusan itu dicapai pada mesyuarat yang diketuai oleh wakil Kementerian Kesihatan bersama dua orang pakar dalam bidang tersebut dan keluarga Izham serta penderma, Mohd. Yusof Yaacob yang berlangsung selama dua jam di sebuah hospital swasta di sini semalam.
Abang pelajar tersebut, Abdul Rashid, 52, berkata, atas nasihat pakar, pemindahan organ itu tidak dapat dibuat kerana ia melibatkan penderma yang masih hidup dan tidak menepati polisi kementerian dan badan kesihatan dunia.
Dia yang reda dengan keputusan itu tetap berharap akan ada penderma organ lain selepas ini.
"Tidak mengapa, apa boleh buat, nampaknya Izham perlu menunggu lagi kerana namanya sudah ada dalam senarai menunggu untuk pemindahan organ," katanya ketika dihubungi.
Kelmarin, Kosmo! melaporkan penantian Izham selama dua bulan yang berdepan dengan masalah buah pinggang rosak untuk mendapat organ baru, berakhir apabila Yusof tampil untuk menderma.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: