Friday, May 28, 2010

2 Alam gagal ditayang ikut jadual


DR. ROZMEY bersama sebahagian karyawan filem yang terlibat dalam penggambaran filem 2 Alam di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Filem sulung terbitan dR. Movie Production milik penerbit Datuk Dr. Che Rozmey Che Din, 2 Alam yang di uar-uarkan bakal dita yangkan bermula se malam di pawagam seluruh negara gagal di tayangkan mengikut jadual.

Rozmey, 42, yang di hubungi Kosmo! sema- lam berkata, kegagalan itu berikutan ma- salah kekurangan bi langan pawagam untuk menayangkan filem tersebut.

"Sasaran kami sebelum ini mahukan 2 Alam ditayangkan bermula semalam menerusi 100 layar perak di 80 buah pawagam di seluruh Malaysia.

"Namun, pihak pawagam hanya membe rikan kami sebanyak 35 hingga 40 pawagam, sebab itu tayangan filem ini ditangguhkan dulu sehingga kami mendapat jumlah pawagam yang kami mahukan itu," ujarnya.

Menurut beliau, bilangan 80 buah pawagam itu penting bagi membolehkan pihaknya menyasarkan hasil kutipan tiket tayangan untuk hari pertama sebanyak RM2.4 juta jika mula ditayangkan pada hujung minggu.

"Namun, kalau ia mula ditayangkan pada hari biasa, kami menjangka meraih sebanyak RM1.2 juta. Filem 2 Alam tetap akan di tayangkan dalam masa terdekat ini dan kini dalam proses perbincangan dengan pihak pa wagam," ujarnya.

Menyentuh mengenai isu kelulusan dari pada pihak Lembaga Penapisan Filem Ma laysia (LPFM), kata Dr. Rozmey: "2 Alam lulus tanpa sebarang potongan dan meraih kla sifikasi 18 PL."

Filem kolaborasi dua pengarah, Hairie Othman dan Ed Zarith Lokman serta lakonan Aaron Aziz, Suhaila Salam dan Faizal Hussein itu menelan kos mencecah RM3.2 juta termasuk kos promosi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: