Thursday, May 27, 2010

Farid Kamil Tak Ingin Buang Masa

Menjiwai watak Kasyah dalam Lagenda Budak Setan (LBS) sepenuh hati seolah-olah watak romantis dan pencinta setia itu menggambarkan dirinya yang sebenar. Namun Farid menyangkal dirinya bukanlah seorang pencinta agung.

"Apa yang dilakukan Kasyah dalam LBS tidak mungkin dilakukan lelaki zaman sekarang, kalau ada pun mungkin sukar untuk dicari. Mungkin saya boleh jadi seperti itu, tapi tak mungkin saya sanggup membuang masa begitu saja kerana banyak lagi yang perlu dicapai dalam hidup.

"Bagi saya, Kasyah adalah seorang lelaki biasa yang jatuh cinta buat kali pertama. Jujur saya seronok dapat watak Kasyah, namun sedikit gementar kerana pembaca novel begitu sukakan Kasyah. Saya terokai dan serapkan emosi dan karektor Kasyah dalam diri.

"Jujurnya saya tak pernah baca novel ini sehinggalah diberi tawaran memegang watak utama. Saya lupakan skrip dan fokus kepada novel untuk memahami sendiri penderitaan Kasyah dan dari situ baru wujud emosi untuk digambarkan," ujarnya yang turut terlibat dengan drama Lagenda Budak Setan.

Mengakui ayahnya turut mengalirkan air mata sewaktu menonton filem ini, Farid bersetuju jiwa lelakinya turut tersentuh melihat kisah cinta agung dan penderitaan watak yang dicipta Ahadiat Akashah. Membaca novel asal sudah menerbitkan kesedihan, apatah lagi bila kisah tersebut difilemkan dan ditayangkan secara nyata kepada penonton.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: