Penantian 25 tahun Ahadiat Akashah berakhir apabila novel terhangat sepanjang zaman, Lagenda Budak Setan (LBS) diadaptasi ke dalam filem. Bermula tahun 80-an, novel ini mula meniti dibibir peminat novel tempatan dan terus mendapat sambutan hangat sehingga ke hari ini. Tidak seperti kisah cinta melayu yang biasa, LBS dipersembahkan dengan begitu indah sekali. Terbuai dengan sinematografi yang mengasyikkan, menjadikan perjalanan cinta Kasyah dan Ayu bagai kisah dongeng. Filem arahan Sharad Sharan ini mampu membuatkan penonton terbuai mengenang kembali cinta monyet yang pernah mencuri hati remaja kita dulu.
Kisah bermula apabila seorang pelajar nakal dan anti-perempuan, Kasyah (Farid Kamil), terjerat dan jatuh cinta pandang pertama dengan seorang pelajar baru iaitu Ayu (Lisa Surihani). Segalanya begitu indah sehinggalah Kasyah terpaksa meninggalkan Ayu untuk membuat kajian bagi menamatkan pengajiannya. Sepeninggalan Kasyah, Ayu dipaksa berkahwin dengan bekas kekasihnya Azmi (Que Haidar), seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Kesengsaraan Ayu bertambah parah apabila terlibat dengan kemalangan yang telah menghancurkan wajahnya. Ayu muncul dengan identiti baru. Muncul pula Emilia (Shikin Kamal) yang banyak membantu kerjaya Kasyah dan menaikkan kembali semangat yang telah pudar akibat ditinggalkan Ayu. Muncul pula Katerina (Fazura) yang turut sama mengharap cinta Kasyah. Setulus manakah cinta lelaki yang dilabelkan sebagai budak setan? Sama-sama saksikan filem yang akan ditayangkan di seluruh pawagam bermula 3 Jun ini.
Tidak dapat dinafikan, ramai yang mengalirkan air mata tika menonton LBS, malah penulisnya sendiri mengakui hasil yang diterjemahkan berjaya meruntun jiwa lelakinya. Malah tidak salah sekiranya Mangga Online menggelarkan LBS ini sebagai Twilight versi tempatan.
Pastinya selepas menonton LBS, peminat akan berpusu-pusu mencari novel tersebut untuk mengetahui sendiri apa yang berlaku kepada Katerina dan kesudahan kisah cinta agung ini. |
ASSALLAMUALAIKOM
ReplyDeletesya suke sangat2 Movie nier
Sampai saye Nagis-Nasgis :(
ermm , Tunang Ayu tu aku x suke lah Gaye dier dalam Citer nier
Suke pukul Ayu , aq x suke tau Laki pukul Pompuan :(