Thursday, May 27, 2010

Cheryl tak mahu harta

LONDON: Penyanyi, Cheryl Cole tidak menuntut walau sesenpun harta suaminya, Ashley Cole.

CHERYL mahu proses perceraian licin.
CHERYL mahu proses perceraian licin.
Cheryl yang menyerahkan dokumen tuntutan cerai kelmarin hanya ingin perceraian itu berlangsung dengan lancar supaya dia dapat meneruskan hidupnya manakala Cole pula boleh menumpukan perhatian penuh pada persiapan skuad bola sepak England dalam kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan bulan depan.


Penyanyi kumpulan Girls Aloud itu turut membenarkan Cole memiliki rumah agam £6 juta (RM28.8 juta) mereka.


Rumah itu sebenarnya tidak bermakna buat Cheryl. Dia berpindah ke situ bagi memudahkan Cole ke padang latihan yang terletak tidak jauh. Sumber berkata, Cheryl memaklumkan kepada peguamnya supaya mempercepatkan proses perceraian bagi memastikan Cole tidak berdepan dengan tekanan emosi ketika Piala Dunia.


Proses perceraian itu dijangka selesai sebelum England beraksi pada perlawanan pertama 12 Jun ini.


Dokumen mahkamah menunjukkan Cheryl menuntut cerai kerana sikap Cole yang tidak wajar.


Hakim rancangan X Factor itu bersemuka dengan Cole selepas akhbar The Sun mendedahkan sms berbaur seksual yang dikirimkannya dan suaminya mengaku tidak setia kepadanya.


Peguam Cheryl sebelum ini berhasrat melaksanakan proses perceraian itu pada Julai tapi Cheryl yang mengumumkan memilih untuk berpisah dengan Cole di laman Twitternya Februari lalu bertegas ingin menyelesaikannya sebelum Piala Dunia bermula.


Mereka menyerahkan dokumen itu pada 2 petang semalam di Mahkamah Tinggi London.


Sumber turut berkata, proses perceraian yang dipercepatkan itu turut memberi kebaikan kepada Cheryl.


“Dia menyedari tak mungkin kembali ke pangkuan Cole selepas tindakan keterlaluan suaminya itu.“Sebab itulah Cheryl inginkan perceraian yang pantas dan lancar.


“Cheryl tidak berdendam dengan Cole dan bertindak dengan matang bagi menangani perpisahan itu,” kata sumber itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: